Tuesday, September 25, 2018

KEMAHIRAN BELAJAR (GKB 1053)



BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL
DAN MEMBUAT NOTA

PENGENALAN

 Salam sejahtera. Kemahiran mengambil dan membuat nota merupakan salah satu kemahiran yang penting kepada individu terutamanya yang bergelar pelajar. Tidak kira tua atau muda, kemahiran ini penting kerana menjadi asas dalam mencapai cita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

 Nota adalah ringkasan dan isi-isi penting dari matapelajaran yang dipelajari. Selain itu, nota juga membawa maksud tulisan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan apabila terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Kebiasaanya, nota akan disediakan setiap kali sesi pembelajaran itu selesai supaya pelajar mampu mengingat semula pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Nota yang ditulis tidak semestinya perlu cantik dan berwarna-warni. Hal ini demikian kerana setiap nota akan ditulis oleh pelajar mengikut kreativiti mereka masing-masing. Jadi, dengan adanya nota yang baik, pelajar dapat membaca kembali nota yang ditulis oleh mereka kerana mudah difahami. Tidak hairanlah jika kemahiran membuat nota menjadi satu prioriti dalam pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang. Hasil kajian nota oleh G.Staley menyatakan bahawa orang yang membaca nota akan mengingat 10% hasil notanya manakala orang yang menyalin nota akan mengingat 65% hasil notanya.
Nota penting kerana dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari ketika mereka ingin membuat ulangkaji dan boleh dijadikan sebagai rujukan akhir sebelum peperiksaan. Kaedah membuat nota ini berkesan untuk proses pengukuhan para pelajar. Selain itu, dengan membuat nota, pelajar mampu mengimbau kembali apa yang telah dipelajari kerana mereka mempunyai rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa.
 Antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan nota yang baik ialah pelajar harus mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis, menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau annotation, menggunakan nota berbentuk grafik dan mencatat sumber maklumat.


Terdapat banyak cara yang berbeza untuk membuat nota. Antaranya adalah:Þ   Annotation
Þ   Outline notes
Þ   Column notes
Þ   Nota rumusan



  ANNOTATION



 Annotation merupakan catatan nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting. Cara ini bertujuan untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Cara ini sesuai untuk bahan-bahan yang melibatkan buku teks, modul bercetak dan sumber-sumber lain. Kebiasaannya, cara ini boleh dilakukan dengan menggunakan ‘highlighter’ untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang ingin difokuskan oleh pelajar. Selain itu, annotation juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting dan menggunakan pelekat untuk dilekatkan di bahagian tepi teks yang mengandungi isi-isi penting


 OUTLINE NOTES
Outline notes merupakan cara yang menggunakan frasa dan kata kunci. Outline notes juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. Outline notes disediakan dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan.





  COLUMN NOTES

Column notes ialah cara mencatat nota mengikut tajuk atau subtajuk dalam satu kolum. Idea utama di sebelah kiri dan penjelasannya berada dalam kolum sebelah kanan. Format bagi nota ini adalah berbentuk lajur. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk mengklasifikasikan sesuatu agar mudah difahami. 

  

NOTA RUMUSAN
Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan. Rumusan tersebut lebih berfokus kepada isi penting. Ia juga boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat ruangan yang disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan. Selain itu, maklumat juga boleh dikecilkan atau diringkaskan.


Alat-alat Berfikir Dalam Membuat Nota.
Alat-alat berfikir dapat digunakan dalam membuat nota. Perkara ini semestinya dapat memudahkan pemikir untuk membuat nota. Terdapat beberapa alat berfikir dalam membuat nota. Contohnya, pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, dan teknik menyoal aras tinggi.
Pengurusan Grafik
Guru tidak dapat melihat proses berfikir yang dilakukan oleh pelajar. Perkara yang dapat dilihat oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah hasil proses tersebut. Oleh itu, jelaslah disini suatu alat bantu untuk membantu pelajar berfikir. Hal ini memudahkan guru melihat proses pelajar berfikir supaya dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Antara alat berfikir yang dapat digunakan oleh guru ialah pengurusan grafik. Pengurusan grafik satu kerangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkan dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Pengurusan grafik adalah lebih tersusun.
Fungsi Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi pengurusan grafik ialah  -untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.  -Untuk mengawal dan memhami proses pemikiran kendiri.  -untuk menterjemah dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.  -untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik.  -untuk mengelakkan proses berfikir secara terburu-buru, sempit dan berkecamuk.

Jenis-jenis Pengurusan Grafik
Terdapat beberapa jenis pengurusn grafik. Antaranya ialah Pengurusan Grafik Membanding Beza. Pengurusan grafik berfungsi untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman konsep yang mengelirukan. Selain itu, ialah Pengurusan Grafik Meramal Kesan Akibat. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Boleh digunakan dalam isu-isu tertentu. Seterusnya, ialah Pengurusan Grafik Mengesahkan Sumber Maklumat. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk meninjau maklumat yang diterima itu dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Terdapat juga Pengurusan Grafik Idea Berpusat. Ini pula bertujuan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu isu. Namun begitu, ia juga dapat membantu pelajar untuk menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan. Yang terakhir ialah Pengurusan Grafik Membuat Kategori. Tujuannya ialah membolehkan proses penganalisisan berlaku serta dapat menerangkan ciri-ciri sesuatu  objek untuk menunjukkan suatu hubungkait.




   

Jadual diatas menunjukkan contoh pengurusan grafik.


Peta Minda

Peta minda ialah satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan penting dalam peta minda ialah merangka ,mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. Terdapat beberapa peta minda diantaranya ialah :

Terdapat beberapa panduan dalam membina peta minda iaitu perkara ini perlu dimulakan daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea. Selain itu, wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk



Rajah diatas menunjukkan contoh peta minda

Pemetaan I-Think
I-Think bermaksud Innovative Thinkin (Pemikirn Inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar kearah lebih kreatif.  Peta Pemikiran ini dapat dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal 4 tahun. Diantara peta pemikiran tersebut ialah Circle Maps. Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.



  Contoh Circle Maps


Selain daripada itu, ialah Bubble Map (Peta Buih). Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


Bubble Map


 Seterusnya ialah Double Bubble Map (Peta Buih Berganda), Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.



Seterusnya ialah Tree Map (Peta Pokok). Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


 Seterusnya ialah Brace Map (Peta Dakap). Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.



Seterusnya ialah Flow Map (Peta Alir). Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.




Seterusnya ialah Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir). Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.




Akhirnya ialah Bridge Map (Peta Titi). Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

  Contoh Bridge Map


Teknik Menyoal Aras Tinggi


Untuk menerapkan cara berfikir aras tinggi kepada pelajar, terdapat beberapa cara atau kaedah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Tujuan penyoalan aras tinggi ini ialah menilai pengetahuan sedia ada selain daripada menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk meneruskan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Selain itu, dapat juga membina pemahaman yang mendalam dalam kalangan pelajar. Seterusnya ialah dapat membina idealisme, sikap dan penghargaan. Masudnya disini, para pelajar dapat membina idea dan menjana idea secara kritis dan kreatif disamping memikirkan idea diluar kotak iaitu bertaraf KBAT. Disamping itu, dapat memantapkan pembelajaran dan merangsang pemikiran kritis. Para guru juga dapat mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid. Penyoalan aras tinggi dapat menjelaskan pemikiran pelajar melalui jawapan yang akan dikemukakan oleh para pelajar. Menerusi teknik ini, kemampuan pelajar dalam berfikir aras tinggi dapat dikenalpasti oleh guru pendidik.

Tambahan lagi, teknik penyoalan aras tinggi ini dapat mencari sebab atau penjelasan mengenai sesuatu isu. Maksudnya disini, dalam aktiviti penyoalan aras tinggi, secara langsung kita dapat memahami lebih daripada perkara yang diketahui semasa pembelajaran kerana kaedah berfikir aras tinggi ini berkait dengan perkara sekeliling. Contohnya, isu semasa.

 Akhirnya, kita semestinya dapat meneroka pandangan alternatif. Seperti yang diulaskan sebentar tadi, kaedah berfikir ini akan melahirkan pelbagai jenis pendapat. Dengan itu, secara tidak langsung akan menambah ilmu pengetahuan para pelajar tentang perkara yang terjadi di sekeliling mereka. Tambahan lagi, kaedah penyoalan ini dapat menguji implikasi dan akibat dalam sesuatu perkara yang menjadi tajuk perbincangan.

 Oleh itu, terdapat beberapa teknik penyoalan aras tinggi. Diantaranya ialah Penyoalan Sokrastik. Penyoalan Sokrastik dapat merangsang pelbagai bentuk pemikiran dalam membuat penerokaan, mendapatkan maklumat, menganalisis konsep dan membanding dan membezakan suatu konsep. Contoh jenis soalan penyoalan sokrastik ialah Soalan penjelasan, soalan merangsang andaian, soalan merangsang sebab & bukti, soalan berkaitan pandangan & idea, soalan merangsang kesan dan akibat serta soalan berkaitan soalan.
 Selain itu, soalan bertumpu dan mencapah. Soalan bertumpu ialah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad & tepat-Soalan aras rendah. Soalan bertumpu ialah soalan tertutup. Soalan ini juga bersifat objektif. Untuk soalan mencapah pula ialah soalan yang mempunyai jawapan. Soalan mencapah adalah lebih analitik, berbentuk sintesis. Ianya juga merupakan soalan aras tinggi dan merupakan jenis soalan yang terbuka dan bersifat subjektif.
  Seterusnya ialah lingkaran soalan. Lingkaran soalan ialah untuk mendapat idea dan pandangan untuk menyelesaikan masalah. Juga merupakan soalan yang dikemukakan secara berturutan & berhieraki. Terdapat 3 cara untuk melaksanakan:a) Perbincangan panel (20 minit)b) Perbincangan peserta konferen (30 minit)c) Perbincangan panel (20 minit)


Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”.Ia individu untuk berfikir secara meluas.
ALAT- ALAT CORT Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Panduan ini diharap dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Tujuan utamanya adalah untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar.Alat CoRT  dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah denagnlebih berkesan.
Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.CoRT  mengandungi 6 bahagian 1. CoRT 1 : keluasan persepsi.2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.6. CoRT 6 : tindakan.

Terdapat 6 teknik CoRT 1    I.          PMI (Plus Minus Interesting)  II.          FIP (First Important Priorities)  III.          CAF (Consider All Fact) IV.          C&S (Consequentces & Sequal)   V.          AGO (Aims Goals Objective) VI.          OPV (Other People View)



1.PMI (Plus Minus Interesting) 


Tujuan berfikir : Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea

·  BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.

· BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
·  MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.


2. FIP (First important prioriti)Untuk mengenal pasti keutamaan yg memerlukan tindakanTujuan Berfikir : Perkara paling penting diutamakan. Selain itu, mengambil kira perkara-perkara yang penting dan menentukan priority manakala elakkan perkara yang tidak patut diutamakan


3. CAF (Consider All Fact)Melihat secara meluas dalam semua faktor yang terlibat dalam situasi, bukan hanya yang terdekat.Apabila anda perlu memilih atau membuat keputusan atau hanya berfikir tentang sesuatu, selalu ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan.
Jika anda meninggalkan beberapa faktor ini, pilihan anda mungkin kelihatan betul pada masa itu tetapi kemudian akan menjadi salah.
Apabila anda melihat pemikiran orang lain, anda boleh mencuba dan melihat faktor apa yang telah ditinggalkan.

4. C&S (Consequentces & Sequal)Pertimbangan akibat segera, pendek, sederhana dan jangka panjang.Penciptaan enjin petrol itu membuatkan kereta, kapal terbang, industri minyak dan banyak pencemaran.
Sekiranya semua akibatnya dapat diramalkan pada masa itu, enjin elektrik atau wap mungkin telah digunakan dalam kereta.
Ciptaan baru, pelan, peraturan atau keputusan semua mempunyai akibat yang berterusan untuk jangka masa yang panjang.
Dalam memikirkan tindakan, akibatnya harus selalu dipertimbangkan:
Kesan segera Kesan jangka pendek (1 - 5 tahun)
Kesan jangka sederhana (5 - 25 tahun)

5. AGO (Aims Goals Objective)
Memilih dan menentukan objektif. Menjadi jelas mengenai matlamat dan pemahaman orang lain.Anda boleh melakukan sesuatu daripada tabiat, kerana orang lain melakukannya, atau sebagai reaksi terhadap situasi.Ini semua kerana 'alasan'.Tetapi ada kalanya anda melakukan sesuatu 'untuk' mencapai tujuan tertentu.Ia boleh membantu pemikiran anda jika anda tahu dengan tepat apa yang anda cuba capai.Ia juga boleh membantu anda memahami pemikiran orang lain jika anda dapat melihat objektif mereka.Dalam situasi tertentu perkataan 'matlamat' dan 'matlamat' adalah lebih sesuai daripada objektif, tetapi makna adalah sama.



6. OPV (Other People View)
Melangkah dari sudut pandangan sendiri untuk mempertimbangkan sudut pandang semua orang lain yang terlibat dalam apa jua keadaan.Banyak situasi berfikir melibatkan orang lain.
Apa yang difikirkan oleh orang lain hanyalah sebahagian daripada keadaan sebagai faktor, akibatnya, objektif dan sebagainya.
Orang-orang lain mungkin mempunyai pandangan yang sangat berbeza.
Walaupun mereka berada dalam keadaan yang sama, mereka mungkin melihat perkara yang sangat berbeza.
Ini adalah bahagian pemikiran yang sangat penting untuk dapat mengetahui bagaimana orang lain berfikir.



CoRT 4


Ia merangkumi teknik, prosedur dan sikap kreatif asas.
Kreativiti dianggap sebagai sebahagian daripada pemikiran biasa, melibatkan proses yang boleh dipelajari, diamalkan dan diterapkan secara sengaja.
Kami memahami bagaimana "Definisi Masalah" adalah bahagian penting dalam kreativiti, seperti penilaian "Penyelesaian yang dicadangkan".
Antara 10 Alat yang terdapat dalam CoRT 4 :

1.     YES, NO & PO

2.     STEPPING STONE
3.     EVALUATION
4.     REQUIREMENTS
5.     COMBINATION
6.     RANDOM INPUT
7.     CONCEPT CHALLENGE
8.     DOMINANT IDEA
9.     DEFINE THE PROBLEM
10.  REMOVE FAULTS


1.     YES, NO & PO
"Po," sebuah peranti untuk menunjukkan bahawa idea sedang digunakan secara kreatif tanpa penilaian atau penilaian segera.
·   Katakanlah ya, tidak atau po ke yang berikut:Ø  Lima tambah enam bersamaan dengan dua belas.
Ø  Perang Dunia Kedua bermula pada tahun 1943.
Ø  Ais melayang di dalam air.
Ø  Gadis biasanya lebih pintar daripada lelaki.
Ø  Percutian lebih menyeronokkan daripada sekolah.
Ø  Lembu itu melompat ke atas bulan.
Ø  Raksasa bermata yang bermata dari Marikh telah mendarat.
·   Penghakiman Apabila anda menilai sesuatu yang benar atau betul anda mengatakan: "ya".
·   Apabila anda menilai sesuatu yang tidak benar anda berkata: "tidak".
·   Apabila anda tidak pasti, anda boleh mengatakan "boleh


Penggunaan idea-idea bukan untuk kepentingan mereka sendiri tetapi kerana idea-idea lain yang mereka dapat.




2. STEPPING STONE
Penggunaan idea-idea bukan untuk kepentingan mereka sendiri tetapi kerana idea-idea lain yang mereka dapat.·        batu loncatan adalah sesuatu yang anda jalankan, bukan kerana anda mahu tinggal di sana tetapi kerana anda ingin pergi ke tempat lain.                                                                                                                           



·        Lukisan pada nota-nota ini menunjukkan pergerakan ke batu loncatan dan kemudian pergi lagi ke arah hadapan. Idea boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk meneruskan idea-idea baru.
·        Lihat pernyataan:
o   "Po: kedua-dua pasukan sepatutnya dapat memenangi permainan bola keranjang pada masa yang sama."
o   Anda boleh mengatakan kenyataan ini tidak masuk akal atau mustahil. Tetapi kerana kita telah menggunakannya, pernyataan itu akan digunakan secara kreatif sebagai batu loncatan.



3. EVALUATION
Adakah idea memenuhi keperluan; apakah kelebihan dan kelemahannya?
1. Sesetengah pelajar sangat bosan di sekolah, dan sebagai penyelesaian ia dicadangkan bahawa sesiapa sahaja boleh meninggalkan sekolah selepas berumur 14 tahun selagi dia boleh membaca, menulis dan melakukan aritmetik mudah.
Adakah ini penyelesaian yang baik?
* ia memenuhi kehendak para pelajar yang ingin pergi.
* ia memenuhi kehendak sekolah yang mungkin gembira untuk menghilangkan pelajar yang sukar.
Tetapi bagaimana dengan keperluan masa depan para pelajar yang pergi, dan keperluan masyarakat pada umumnya?
2. Sebuah bandar mempunyai masalah lalu lintas yang sangat buruk kerana hanya ada satu jambatan di atas sungai dan semua lalu lintas harus menggunakannya.


4.REQUIREMENTS

Kesedaran tentang keperluan boleh mempengaruhi penciptaan idea.1. Seorang pereka akan membuat reka bentuk mainan anak baru dan dia menyimpan keperluan berikut dalam fikiran:* kekuatan* daya tarikan* kesederhanaan* murahAdakah perancang meninggalkan sebarang keperluan?
2. Seorang pencipta datang dengan idea baru yang indah: basikal yang terbuat dari kayu. Anehnya idea itu ditolak oleh pengeluar kerana ia tidak memenuhi keperluan basikal.Syarat-syarat yang anda fikir ia gagal dijumpai?

5.COMBINATION


Dengan mengkaji sifat-sifat barang yang tidak berkaitan item-item baru boleh dibuat sama ada oleh gabungan atau gabungan.
1. Menyusun idea rumah dan kereta menyebabkan rumah bergerak.Menyusun idea ikan dan sosej yang mengakibatkan tongkat ikan.Menyusun idea daging dan roti menghasilkan hamburger.Meletakkan gagasan telefon dan TV menyebabkan videophone.Meletakkan gagasan enjin basikal dan petrol menyebabkan motorsikal
2. Apakah idea baru yang boleh anda perolehi daripada menyusun idea sekolah dan hotel?
3. Apakah idea baru yang boleh anda perolehi daripada menyusun idea pengering rambut dan pembersih vakum?




 6.RANDOM INPUT


Input idea jahat yang tidak berkaitan ke dalam keadaan boleh mengubah keadaan
1. Sabun cigarettes.Apakah maksud ini? Apa yang ada kaitan dengan sabun? Ini bermakna seseorang telah membawa sabun sebagai input rawak untuk mencetuskan beberapa idea baru mengenai rokok.Sabun mencadangkan kesegaran, dan kesegaran mencadangkan musim bunga, dan itu bermakna bunga. Mungkin setiap rokok sepatutnya mempunyai biji bunga dalam penapis supaya apabila ia dibuang bunga akan berkembang daripadanya dan dengan itu menjadikan taman lebih cantik.
2. Rawak Anda tidak boleh mendapatkan idea-idea baru dengan melihat lebih keras pada yang lama, jadi anda membawa sesuatu yang rawak atau tidak berkaitan dengan keadaan.
Lukisan pada nota ini menunjukkan pemikiran
7.CONCEPT CHALLENGE

Penilaian kesilapan dan penghapusan mereka dari idea.
1. Ini adalah beberapa kesalahan yang disebut oleh sekumpulan pelajar yang melihat perkhidmatan bas tempatan:* Mereka tidak sering berjalan.* Laluan terancang dengan teruk.* Tambang terlalu tinggi untuk perjalanan singkat.* Mereka biasanya kotor.* Mereka tidak berlari ke hospital.* Pemandu biasanya sangat kasar.* Terdapat terlalu sedikit perhentian.
2. Senaraikan beberapa kesalahan yang boleh dijumpai di zoo.

 8.DOMINANT IDEA
Dalam kebanyakan situasi ada idea yang dominan. Untuk menjadi kreatif, seseorang mesti mencari dan melarikan diri daripadanya.Idea yang dominan dalam reka bentuk katil ialah ia harus selesa.Idea yang dominan dalam menjalankan kereta api adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan.Idea yang dominan dalam pasukan bola sepak adalah untuk memenangi perlawanan.Idea yang dominan di sekolah adalah untuk mendapatkan pelajar melalui ujian
2. Melarikan diri Dalam lukisan pada nota-nota ini idea yang dominan ditunjukkan sebagai jalan utama atau lebuh raya di sepanjang pemikiran yang bergerak. Apabila seseorang berjalan di sepanjang jalan utama, tidak mudah melihat jalan-jalan sampingan. Tetapi untuk mencari idea baru, mungkin perlu melarikan diri dari jalan utama, dari idea yang dominan.


9. DEFINE THE PROBLEM
Usaha untuk menentukan masalah sebenarnya dapat memudahkannya untuk diselesaikan.Sebuah pasaraya mempunyai masalah kerana terdapat banyak pengecualian yang diperlukan untuk menaikkan harga barangan. Masalahnya ditakrifkan dengan cara berikut:* Terdapat terlalu banyak perbelanjaan kedai.* Terdapat terlalu banyak orang yang tidak jujur.* Terlalu banyak pengusaha kedai yang melarikan diri.* Orang berfikir mudah untuk mengutip barangan di sini.* Penjual khazanah tidak tahu bahawa terdapat risiko yang tinggi untuk ditangkap.


 10.REMOVE FAULTS
Penilaian kesilapan dan penghapusan mereka dari idea.1. Ini adalah beberapa kesalahan yang disebut oleh sekumpulan pelajar yang melihat perkhidmatan bas tempatan:
* Mereka tidak sering berjalan.* Laluan terancang dengan teruk.* Tambang terlalu tinggi untuk perjalanan singkat.* Mereka biasanya kotor.* Mereka tidak berlari ke hospital.* Pemandu biasanya sangat kasar.* Terdapat terlalu sedikit perhentian.



SEKIAN, TERIMA KASIH.SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA.





KEMAHIRAN BELAJAR (GKB 1053)

BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA PENGENALAN   Salam sejahtera. Kemahiran mengambil dan membuat nota merupakan salah...