BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL
DAN MEMBUAT NOTA
PENGENALAN
Salam
sejahtera. Kemahiran mengambil dan membuat nota merupakan salah satu kemahiran
yang penting kepada individu terutamanya yang bergelar pelajar. Tidak kira tua
atau muda, kemahiran ini penting kerana menjadi asas dalam mencapai cita-cita
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Nota
adalah ringkasan dan isi-isi penting dari matapelajaran yang dipelajari. Selain
itu, nota juga membawa maksud tulisan yang dicatat oleh seseorang pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan apabila terlupa
sesuatu maklumat atau fakta. Kebiasaanya, nota akan disediakan setiap kali sesi
pembelajaran itu selesai supaya pelajar mampu mengingat semula pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku. Nota yang ditulis tidak semestinya perlu cantik dan
berwarna-warni. Hal ini demikian kerana setiap nota akan ditulis oleh pelajar
mengikut kreativiti mereka masing-masing. Jadi, dengan adanya nota yang baik,
pelajar dapat membaca kembali nota yang ditulis oleh mereka kerana mudah
difahami. Tidak hairanlah jika kemahiran membuat nota menjadi satu prioriti
dalam pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang. Hasil kajian nota oleh
G.Staley menyatakan bahawa orang yang membaca nota akan mengingat 10% hasil
notanya manakala orang yang menyalin nota akan mengingat 65% hasil notanya.
Nota
penting kerana dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari ketika
mereka ingin membuat ulangkaji dan boleh dijadikan sebagai rujukan akhir
sebelum peperiksaan. Kaedah membuat nota ini berkesan untuk proses pengukuhan
para pelajar. Selain itu, dengan membuat nota, pelajar mampu mengimbau kembali
apa yang telah dipelajari kerana mereka mempunyai rekod kekal yang boleh
dirujuk pada bila-bila masa.
Antara
perkara yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan nota yang baik ialah
pelajar harus mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk
ditulis, menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau annotation,
menggunakan nota berbentuk grafik dan mencatat sumber maklumat.
Terdapat banyak cara yang
berbeza untuk membuat nota. Antaranya adalah:Þ
Annotation
Þ
Outline notes
Þ
Column notes
Þ
Nota rumusan
ANNOTATION

Annotation merupakan catatan nota yang ditulis
dalam bentuk kerangka isi penting. Cara ini bertujuan untuk mengenal pasti
kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Cara ini sesuai untuk bahan-bahan
yang melibatkan buku teks, modul bercetak dan sumber-sumber lain. Kebiasaannya,
cara ini boleh dilakukan dengan menggunakan ‘highlighter’ untuk menonjolkan
perkataan atau isi penting yang ingin difokuskan oleh pelajar. Selain itu,
annotation juga boleh dibuat dengan menggariskan
fakta, menandakan isi penting dan menggunakan pelekat untuk dilekatkan di
bahagian tepi teks yang mengandungi isi-isi penting
OUTLINE NOTES
Outline
notes merupakan cara yang menggunakan frasa dan kata kunci. Outline notes juga
boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.
Outline notes disediakan dalam bentuk point
dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan.

COLUMN NOTES
Column notes ialah cara mencatat nota mengikut tajuk atau subtajuk dalam
satu kolum. Idea utama di sebelah kiri dan penjelasannya berada dalam kolum
sebelah kanan. Format bagi nota ini adalah berbentuk lajur. Kaedah ini sangat
sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk
mengklasifikasikan sesuatu agar mudah difahami.
NOTA RUMUSAN
Nota
juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua
maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan. Rumusan
tersebut lebih berfokus kepada isi penting. Ia juga boleh dibaca dan
diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat ruangan yang disediakan di antara
nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan. Selain itu, maklumat juga
boleh dikecilkan atau diringkaskan.
Alat-alat Berfikir Dalam Membuat Nota.
Alat-alat berfikir dapat digunakan dalam membuat nota. Perkara ini semestinya dapat memudahkan pemikir untuk membuat nota. Terdapat beberapa alat berfikir dalam membuat nota. Contohnya, pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, dan teknik menyoal aras tinggi.
Pengurusan Grafik
Guru tidak dapat melihat proses berfikir yang dilakukan oleh pelajar. Perkara yang dapat dilihat oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah hasil proses tersebut. Oleh itu, jelaslah disini suatu alat bantu untuk membantu pelajar berfikir. Hal ini memudahkan guru melihat proses pelajar berfikir supaya dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Antara alat berfikir yang dapat digunakan oleh guru ialah pengurusan grafik. Pengurusan grafik satu kerangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkan dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Pengurusan grafik adalah lebih tersusun.
Fungsi Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi pengurusan grafik ialah -untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas. -Untuk mengawal dan memhami proses pemikiran kendiri. -untuk menterjemah dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat. -untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik. -untuk mengelakkan proses berfikir secara terburu-buru, sempit dan berkecamuk.
Jenis-jenis Pengurusan Grafik
Terdapat beberapa jenis pengurusn grafik. Antaranya ialah Pengurusan Grafik Membanding Beza. Pengurusan grafik berfungsi untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman konsep yang mengelirukan. Selain itu, ialah Pengurusan Grafik Meramal Kesan Akibat. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Boleh digunakan dalam isu-isu tertentu. Seterusnya, ialah Pengurusan Grafik Mengesahkan Sumber Maklumat. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk meninjau maklumat yang diterima itu dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Terdapat juga Pengurusan Grafik Idea Berpusat. Ini pula bertujuan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu isu. Namun begitu, ia juga dapat membantu pelajar untuk menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan. Yang terakhir ialah Pengurusan Grafik Membuat Kategori. Tujuannya ialah membolehkan proses penganalisisan berlaku serta dapat menerangkan ciri-ciri sesuatu objek untuk menunjukkan suatu hubungkait.

Jadual diatas menunjukkan contoh pengurusan grafik.
Peta Minda
Peta minda
ialah satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang
tersirat kepada yang tersurat. Peranan penting dalam peta minda ialah merangka
,mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. Terdapat beberapa
peta minda diantaranya ialah :
Terdapat
beberapa panduan dalam membina peta minda iaitu perkara ini perlu dimulakan
daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea. Selain itu, wujudkan
beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk

Rajah diatas menunjukkan contoh peta minda
Pemetaan
I-Think
I-Think bermaksud Innovative
Thinkin (Pemikirn Inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar kearah lebih
kreatif. Peta Pemikiran ini dapat
dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid
seawal 4 tahun. Diantara peta pemikiran tersebut ialah Circle Maps. Circle Map
digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan
sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Contoh Circle Maps
Selain daripada itu, ialah Bubble Map (Peta Buih). Bubble Map digunakan
untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.
Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Bubble Map
Seterusnya
ialah Double Bubble Map (Peta Buih Berganda), Double Bubble Map digunakan untuk
membanding beza sesuatu.

Seterusnya
ialah Tree Map (Peta Pokok). Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan
atau idea.

Seterusnya ialah Brace Map (Peta Dakap). Brace Map digunakan untuk
menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Seterusnya ialah Flow Map (Peta Alir). Flow Map digunakan untuk membuat
urutan sesuatu proses.

Seterusnya
ialah Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir). Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan
dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah
adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada
peristiwa tersebut.

Akhirnya
ialah Bridge Map (Peta Titi). Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor
penghubungan.

Contoh Bridge Map
Teknik
Menyoal Aras Tinggi
Untuk
menerapkan cara berfikir aras tinggi kepada pelajar, terdapat beberapa cara
atau kaedah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan
pelajar. Tujuan penyoalan aras tinggi ini ialah menilai pengetahuan sedia ada
selain daripada menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk meneruskan
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dapat juga membina pemahaman yang
mendalam dalam kalangan pelajar. Seterusnya ialah dapat membina idealisme,
sikap dan penghargaan. Masudnya disini, para pelajar dapat membina idea dan
menjana idea secara kritis dan kreatif disamping memikirkan idea diluar kotak
iaitu bertaraf KBAT. Disamping itu, dapat memantapkan pembelajaran dan merangsang
pemikiran kritis. Para guru juga dapat mentaksir pembelajaran dan perkembangan
murid. Penyoalan aras tinggi dapat menjelaskan pemikiran pelajar melalui
jawapan yang akan dikemukakan oleh para pelajar. Menerusi teknik ini, kemampuan
pelajar dalam berfikir aras tinggi dapat dikenalpasti oleh guru pendidik.
Tambahan lagi, teknik penyoalan
aras tinggi ini dapat mencari sebab atau penjelasan mengenai sesuatu isu.
Maksudnya disini, dalam aktiviti penyoalan aras tinggi, secara langsung kita
dapat memahami lebih daripada perkara yang diketahui semasa pembelajaran kerana
kaedah berfikir aras tinggi ini berkait dengan perkara sekeliling. Contohnya,
isu semasa.
Akhirnya, kita semestinya dapat meneroka
pandangan alternatif. Seperti yang diulaskan sebentar tadi, kaedah berfikir ini
akan melahirkan pelbagai jenis pendapat. Dengan itu, secara tidak langsung akan
menambah ilmu pengetahuan para pelajar tentang perkara yang terjadi di
sekeliling mereka. Tambahan lagi, kaedah penyoalan ini dapat menguji implikasi
dan akibat dalam sesuatu perkara yang menjadi tajuk perbincangan.
Oleh itu, terdapat beberapa teknik
penyoalan aras tinggi. Diantaranya ialah Penyoalan Sokrastik. Penyoalan
Sokrastik dapat merangsang pelbagai bentuk pemikiran dalam membuat penerokaan, mendapatkan
maklumat, menganalisis konsep dan membanding dan membezakan suatu konsep.
Contoh jenis soalan penyoalan sokrastik ialah Soalan penjelasan, soalan
merangsang andaian, soalan merangsang sebab & bukti, soalan berkaitan
pandangan & idea, soalan merangsang kesan dan akibat serta soalan berkaitan
soalan.
Selain itu, soalan bertumpu dan
mencapah. Soalan bertumpu ialah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad
& tepat-Soalan aras rendah. Soalan bertumpu ialah soalan tertutup. Soalan
ini juga bersifat objektif. Untuk soalan mencapah pula ialah soalan yang
mempunyai jawapan. Soalan mencapah adalah lebih analitik, berbentuk sintesis.
Ianya juga merupakan soalan aras tinggi dan merupakan jenis soalan yang terbuka
dan bersifat subjektif.
Seterusnya ialah lingkaran soalan.
Lingkaran soalan ialah untuk mendapat idea dan pandangan untuk menyelesaikan
masalah. Juga merupakan soalan yang dikemukakan secara berturutan & berhieraki.
Terdapat 3 cara untuk melaksanakan:a)
Perbincangan panel (20 minit)b)
Perbincangan peserta konferen (30 minit)c)
Perbincangan panel (20 minit)
Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”.Ia individu untuk berfikir secara meluas.
ALAT-
ALAT CORT Alat
ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Panduan ini diharap
dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P
yang berkesan dan menarik. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan
di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti
Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Tujuan utamanya adalah untuk melihat keberkesanannya dalam
membantu meningkatkan kognitif pelajar.Alat CoRT dicipta bertujuan
untuk meluaskan persepsi seseorang
tentang sesuatu idea dan dapat membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah denagnlebih berkesan.
Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang
digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.CoRT mengandungi 6 bahagian 1. CoRT 1 : keluasan persepsi.2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran
kritis.4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.6. CoRT 6 : tindakan.
Terdapat 6 teknik CoRT 1 I.
PMI (Plus Minus Interesting) II.
FIP (First Important Priorities) III.
CAF (Consider All Fact) IV.
C&S (Consequentces & Sequal) V.
AGO (Aims Goals Objective) VI.
OPV (Other People View)
1.PMI (Plus Minus
Interesting)
Tujuan berfikir : Meluaskan fikiran tentang
sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea
· BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan
baik bagi sesuatu idea.
· BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
· MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus
tetapi menarik tentang sesuatu idea.
2. FIP (First
important prioriti)Untuk mengenal pasti keutamaan yg memerlukan tindakanTujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan. Selain itu, mengambil kira perkara-perkara
yang penting dan menentukan priority manakala elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
3. CAF
(Consider All Fact)Melihat secara meluas dalam semua faktor yang terlibat dalam
situasi, bukan hanya yang terdekat.Apabila anda perlu memilih atau membuat keputusan
atau hanya berfikir tentang sesuatu, selalu ada banyak faktor yang perlu
dipertimbangkan.
Jika anda meninggalkan beberapa faktor ini, pilihan
anda mungkin kelihatan betul pada masa itu tetapi kemudian akan menjadi salah.
Apabila anda melihat pemikiran orang lain, anda
boleh mencuba dan melihat faktor apa yang telah ditinggalkan.
4.
C&S (Consequentces & Sequal)Pertimbangan akibat segera, pendek, sederhana dan jangka
panjang.Penciptaan enjin petrol itu membuatkan kereta,
kapal terbang, industri minyak dan banyak pencemaran.
Sekiranya semua akibatnya dapat diramalkan pada
masa itu, enjin elektrik atau wap mungkin telah digunakan dalam kereta.
Ciptaan baru, pelan, peraturan atau keputusan semua
mempunyai akibat yang berterusan untuk jangka masa yang panjang.
Dalam memikirkan tindakan, akibatnya harus selalu
dipertimbangkan:
Kesan segera Kesan jangka pendek (1 - 5 tahun)
Kesan jangka sederhana (5 - 25 tahun)
5.
AGO (Aims Goals Objective)
Memilih dan menentukan objektif. Menjadi jelas mengenai
matlamat dan pemahaman orang lain.Anda boleh melakukan sesuatu daripada tabiat, kerana orang
lain melakukannya, atau sebagai reaksi terhadap situasi.Ini semua kerana 'alasan'.Tetapi ada kalanya anda melakukan sesuatu 'untuk' mencapai
tujuan tertentu.Ia boleh membantu pemikiran anda jika anda tahu dengan tepat
apa yang anda cuba capai.Ia juga boleh membantu anda memahami pemikiran orang lain
jika anda dapat melihat objektif mereka.Dalam situasi tertentu perkataan 'matlamat' dan 'matlamat'
adalah lebih sesuai daripada objektif, tetapi makna adalah sama.
6. OPV
(Other People View)
Melangkah dari sudut pandangan sendiri untuk mempertimbangkan
sudut pandang semua orang lain yang terlibat dalam apa jua keadaan.Banyak situasi berfikir melibatkan orang lain.
Apa yang difikirkan oleh orang lain hanyalah
sebahagian daripada keadaan sebagai faktor, akibatnya, objektif dan sebagainya.
Orang-orang lain mungkin mempunyai pandangan yang
sangat berbeza.
Walaupun mereka berada dalam keadaan yang sama,
mereka mungkin melihat perkara yang sangat berbeza.
Ini adalah bahagian pemikiran yang sangat penting
untuk dapat mengetahui bagaimana orang lain berfikir.
CoRT 4
Ia merangkumi teknik, prosedur dan sikap kreatif
asas.
Kreativiti dianggap sebagai sebahagian daripada
pemikiran biasa, melibatkan proses yang boleh dipelajari, diamalkan dan
diterapkan secara sengaja.
Kami memahami bagaimana "Definisi
Masalah" adalah bahagian penting dalam kreativiti, seperti penilaian
"Penyelesaian yang dicadangkan".
Antara 10 Alat yang terdapat dalam CoRT 4 :
1. YES, NO & PO
2. STEPPING STONE
3. EVALUATION
4. REQUIREMENTS
5. COMBINATION
6. RANDOM INPUT
7. CONCEPT CHALLENGE
8. DOMINANT IDEA
9. DEFINE THE
PROBLEM
10. REMOVE FAULTS
1. YES, NO & PO
"Po,"
sebuah peranti untuk menunjukkan bahawa idea sedang digunakan secara kreatif
tanpa penilaian atau penilaian segera.
· Katakanlah ya, tidak atau po ke yang berikut:Ø Lima tambah enam
bersamaan dengan dua belas.
Ø Perang Dunia
Kedua bermula pada tahun 1943.
Ø Ais melayang di
dalam air.
Ø Gadis biasanya
lebih pintar daripada lelaki.
Ø Percutian lebih
menyeronokkan daripada sekolah.
Ø Lembu itu
melompat ke atas bulan.
Ø Raksasa bermata
yang bermata dari Marikh telah mendarat.
· Penghakiman Apabila anda menilai sesuatu yang benar
atau betul anda mengatakan: "ya".
· Apabila anda menilai sesuatu yang tidak benar anda
berkata: "tidak".
·
Apabila anda
tidak pasti, anda boleh mengatakan "boleh
Penggunaan idea-idea bukan untuk kepentingan mereka
sendiri tetapi kerana idea-idea lain yang mereka dapat.
2. STEPPING STONE
Penggunaan
idea-idea bukan untuk kepentingan mereka sendiri tetapi kerana idea-idea lain
yang mereka dapat.·
batu loncatan adalah sesuatu yang anda jalankan, bukan
kerana anda mahu tinggal di sana tetapi kerana anda ingin pergi ke tempat lain. 
·
Lukisan pada nota-nota ini menunjukkan pergerakan ke batu
loncatan dan kemudian pergi lagi ke arah hadapan. Idea boleh digunakan sebagai
batu loncatan untuk meneruskan idea-idea baru.
·
Lihat pernyataan:
o "Po:
kedua-dua pasukan sepatutnya dapat memenangi permainan bola keranjang pada masa
yang sama."
o Anda boleh
mengatakan kenyataan ini tidak masuk akal atau mustahil. Tetapi kerana kita
telah menggunakannya, pernyataan itu akan digunakan secara kreatif sebagai batu
loncatan.
3. EVALUATION
Adakah idea
memenuhi keperluan; apakah kelebihan dan kelemahannya?
1. Sesetengah
pelajar sangat bosan di sekolah, dan sebagai penyelesaian ia dicadangkan bahawa
sesiapa sahaja boleh meninggalkan sekolah selepas berumur 14 tahun selagi dia
boleh membaca, menulis dan melakukan aritmetik mudah.
Adakah ini
penyelesaian yang baik?
* ia memenuhi
kehendak para pelajar yang ingin pergi.
* ia memenuhi
kehendak sekolah yang mungkin gembira untuk menghilangkan pelajar yang sukar.
Tetapi
bagaimana dengan keperluan masa depan para pelajar yang pergi, dan keperluan
masyarakat pada umumnya?
2. Sebuah
bandar mempunyai masalah lalu lintas yang sangat buruk kerana hanya ada satu
jambatan di atas sungai dan semua lalu lintas harus menggunakannya.
4.REQUIREMENTS
Kesedaran
tentang keperluan boleh mempengaruhi penciptaan idea.1. Seorang
pereka akan membuat reka bentuk mainan anak baru dan dia menyimpan keperluan
berikut dalam fikiran:* kekuatan* daya tarikan*
kesederhanaan* murahAdakah
perancang meninggalkan sebarang keperluan?
2. Seorang
pencipta datang dengan idea baru yang indah: basikal yang terbuat dari kayu.
Anehnya idea itu ditolak oleh pengeluar kerana ia tidak memenuhi keperluan
basikal.Syarat-syarat
yang anda fikir ia gagal dijumpai?
5.COMBINATION
Dengan
mengkaji sifat-sifat barang yang tidak berkaitan item-item baru boleh dibuat
sama ada oleh gabungan atau gabungan.
1. Menyusun
idea rumah dan kereta menyebabkan rumah bergerak.Menyusun idea
ikan dan sosej yang mengakibatkan tongkat ikan.Menyusun idea
daging dan roti menghasilkan hamburger.Meletakkan
gagasan telefon dan TV menyebabkan videophone.Meletakkan
gagasan enjin basikal dan petrol menyebabkan motorsikal
2. Apakah idea
baru yang boleh anda perolehi daripada menyusun idea sekolah dan hotel?
3. Apakah idea
baru yang boleh anda perolehi daripada menyusun idea pengering rambut dan
pembersih vakum?
6.RANDOM INPUT
Input idea
jahat yang tidak berkaitan ke dalam keadaan boleh mengubah keadaan
1. Sabun
cigarettes.Apakah maksud
ini? Apa yang ada kaitan dengan sabun? Ini bermakna seseorang telah membawa
sabun sebagai input rawak untuk mencetuskan beberapa idea baru mengenai rokok.Sabun
mencadangkan kesegaran, dan kesegaran mencadangkan musim bunga, dan itu
bermakna bunga. Mungkin setiap rokok sepatutnya mempunyai biji bunga dalam
penapis supaya apabila ia dibuang bunga akan berkembang daripadanya dan dengan
itu menjadikan taman lebih cantik.
2. Rawak Anda
tidak boleh mendapatkan idea-idea baru dengan melihat lebih keras pada yang
lama, jadi anda membawa sesuatu yang rawak atau tidak berkaitan dengan keadaan.
Lukisan pada
nota ini menunjukkan pemikiran
7.CONCEPT CHALLENGE
Penilaian
kesilapan dan penghapusan mereka dari idea.
1. Ini adalah
beberapa kesalahan yang disebut oleh sekumpulan pelajar yang melihat
perkhidmatan bas tempatan:* Mereka tidak
sering berjalan.* Laluan
terancang dengan teruk.* Tambang
terlalu tinggi untuk perjalanan singkat.* Mereka
biasanya kotor.* Mereka tidak
berlari ke hospital.* Pemandu
biasanya sangat kasar.* Terdapat
terlalu sedikit perhentian.
2. Senaraikan
beberapa kesalahan yang boleh dijumpai di zoo.

8.DOMINANT IDEA
Dalam
kebanyakan situasi ada idea yang dominan. Untuk menjadi kreatif, seseorang
mesti mencari dan melarikan diri daripadanya.Idea yang
dominan dalam reka bentuk katil ialah ia harus selesa.Idea yang
dominan dalam menjalankan kereta api adalah untuk menyediakan perkhidmatan
pengangkutan.Idea yang
dominan dalam pasukan bola sepak adalah untuk memenangi perlawanan.Idea yang
dominan di sekolah adalah untuk mendapatkan pelajar melalui ujian
2. Melarikan
diri Dalam lukisan pada nota-nota ini idea yang dominan ditunjukkan sebagai
jalan utama atau lebuh raya di sepanjang pemikiran yang bergerak. Apabila
seseorang berjalan di sepanjang jalan utama, tidak mudah melihat jalan-jalan
sampingan. Tetapi untuk mencari idea baru, mungkin perlu melarikan diri dari
jalan utama, dari idea yang dominan.

9. DEFINE THE PROBLEM
Usaha untuk
menentukan masalah sebenarnya dapat memudahkannya untuk diselesaikan.Sebuah
pasaraya mempunyai masalah kerana terdapat banyak pengecualian yang diperlukan
untuk menaikkan harga barangan. Masalahnya ditakrifkan dengan cara berikut:* Terdapat
terlalu banyak perbelanjaan kedai.* Terdapat terlalu
banyak orang yang tidak jujur.* Terlalu
banyak pengusaha kedai yang melarikan diri.* Orang
berfikir mudah untuk mengutip barangan di sini.* Penjual
khazanah tidak tahu bahawa terdapat risiko yang tinggi untuk ditangkap.

10.REMOVE FAULTS
Penilaian kesilapan dan penghapusan mereka dari idea.1. Ini adalah beberapa kesalahan yang disebut oleh sekumpulan
pelajar yang melihat perkhidmatan bas tempatan:
* Mereka tidak sering berjalan.* Laluan terancang dengan teruk.* Tambang terlalu tinggi untuk perjalanan singkat.* Mereka biasanya kotor.* Mereka tidak berlari ke hospital.* Pemandu biasanya sangat kasar.* Terdapat terlalu sedikit perhentian.
SEKIAN, TERIMA KASIH.SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA.